MELAKA, 23 April (Bernama) -- Seorang petugas di sebuah pejabat kesihatan daerah di Melaka direman tujuh hari bermula hari ini hingga 29 April bagi membantu siasatan kes mengemukakan butir matan palsu, dua tahun lepas.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani terhadap suspek lelaki berusia 47 tahun selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Menurut sumber, lelaki berkenaan ditahan pada 2.28 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
“Lelaki itu disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja perolehan peralatan dan bukan perubatan kira-kira dua tahun lepas, sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial