AM

Karnival Jom Masuk U 2025 Bermula Sabtu Ini

17/04/2025 02:32 PM

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) meneruskan siri jelajah kesembilan zon di seluruh negara bermula 19 April hingga 18 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan JMU 2025 akan bermula di dua zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu.

JMU 2025 adalah antara inisiatif utama kementerian bagi memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar di seluruh negara terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf.

“Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa,” menurut kenyataan itu.

Melalui karnival itu, pelajar akan didedahkan dengan panduan lengkap proses permohonan UPUOnline, peluang tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan serta interaksi terus bersama wakil institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan alumni.

KPT menyeru semua pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam JMU 2025 bagi mendapatkan maklumat, membuat pilihan tepat dan membina masa depan lebih terancang dalam pendidikan tinggi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan