MELAKA, 9 April (Bernama) -- Seorang ejen syarikat pembersihan disahkan meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka di Ayer Keroh di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 12 tengah hari memaklumkan lelaki warga tempatan, Low Kok Eng, 49, tidak sedarkan diri.
"Sebaik polis tiba di lokasi, mangsa didapati terbaring di atas lantai berdekatan kerusi ruangan menunggu dan bantuan pernafasan (CPR) diberikan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) namun tiada tanda-tanda kehidupan.
"Lelaki itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Hospital Melaka dan mayatnya diserahkan ke hospital berkenaan untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini dan tiada unsur jenayah ditemukan di tempat kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial