JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Sidang Kemuncak ASEAN: KPT Benar IPT Awam, Swasta Laksana PdP Secara Dalam Talian

22/05/2025 04:39 PM

PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta diberikan kelonggaran untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.

Kemudahan itu diberikan susulan penutupan jalan dan kawalan keselamatan di sekitar Lembah Klang, termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung dari 26 hingga 28 Mei. 

"Setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26 hingga 28 Mei ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan kesesakan aliran trafik," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

KPT memaklumkan pelajar dan warga IPT yang terkesan turut disarankan untuk menghubungi pihak pengurusan institusi masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

"Kementerian yakin dengan PdP secara dalam talian ini akan memberi kemudahan kepada kepada warga IPT untuk merancang pergerakan harian mereka, di samping memastikan proses pembelajaran tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa sepanjang penganjuran sidang kemuncak berkenaan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan