JENAYAH_MAHKAMAH > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Wesak

12/05/2025 09:24 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan. 

“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan