KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
Pernas dalam satu kenyataan berkata pelantikan Nor Azam menandakan permulaan lembaran baharu bagi Pernas, pengalaman luas serta kepakaran beliau diyakini mampu memperkukuh kedudukan syarikat dan melonjakkan pencapaiannya ke tahap lebih tinggi.
"Nor Azam mempunyai pengalaman lebih 26 tahun di sektor perbankan dan kewangan.
"Beliau pernah berkhidmat di Malaysia Building Society Berhad (MBSB), semasa di sana, beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024," kata kenyataan itu.
Selain itu, Nor Azam pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial