EKONOMI > BERITA

MALAYSIA DAN INDONESIA LEGA AS TURUNKAN TARIF - TENGKU ZAFRUL

11/04/2025 02:24 PM

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno hari ini.

Katanya tarif terhadap Malaysia telah diturunkan daripada 24 peratus kepada 10 peratus manakala Indonesia daripada 32 peratus kepada 10 peratus.

“Walaupun penangguhan tarif AS cuma 90 hari, ia memberi ruang kepada semua negara untuk mengatur strategi khususnya dalam rundingan dengan AS,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Tengku Zafrul berkata pertemuan dengan Arif Havas membincangkan perkembangan terkini hubungan dua negara termasuklah berkaitan tarif AS.

“Malaysia yakin melalui dialog dan kerjasama berterusan, kita dapat menangani cabaran perdagangan ini dan merebut peluang bersama,” katanya.

Katanya Malaysia komited untuk mempererat hubungan dengan Indonesia, terutamanya sebagai pengerusi ASEAN 2025 demi ASEAN yang lebih makmur dan inklusif.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan