KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (US$104.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM631.66 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM520.76 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM23.82 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.0 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM66.58 bilion).
BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM631.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM178.58 bilion), deposit institusi kewangan (RM138.86 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM4.24 bilion), lain-lain deposit (RM78.75 bilion) kertas Bank Negara (RM10.55 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.38 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.98 bilion).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial