EKONOMI > BERITA

ANWAR, PM VIETNAM BINCANG ISU TARIF AS

06/04/2025 11:11 PM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. 

“Kami sepakat untuk mengutamakan rundingan dan mengelakkan pertelingkahan, dengan matlamat mencapai penyelesaian yang adil demi kepentingan semua negara anggota ASEAN,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosialnya hari ini. 

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau dan Pham turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN. 

“Selain itu, kami membincangkan keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman.” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan