DUNIA > BERITA

DIPLOMAT DAN WARTAWAN ASING SERTAI AKTIVITI 'JELAJAH CHINA' DI WUHAN

20/05/2025 04:44 PM

WUHAN, 20 Mei (Bernama-CMG) -- Aktiviti wawancara bersama media tempatan dan asing 'Jelajah China' 2025 berlangsung di Wuhan baru-baru ini, melibatkan penyertaan diplomat dari lima negara dan 20 wartawan asing.

Program anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) itu disertai peserta daripada wakil-wakil media dan kedutaan dari negara seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos, Turkiye serta beberapa negara lain.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Huanghelou atau Menara Burung Jenjang Kuning, iaitu sebuah mercu tanda bersejarah di Wuhan.

Duta Besar Vietnam Pham Thanh Binh berkata sajak klasik China berjudul 'Huanghelou' antara karya yang diwajibkan dalam kurikulum sekolah menengah di Vietnam.

Menurut beliau, Vietnam dan China mempunyai sejarah interaksi tamadun selama ribuan tahun.

Beliau berpendapat kedua-dua negara harus terus menggalakkan pertukaran budaya dan pelancongan bagi memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara rakyat.

Di Wuhan, para peserta turut berpeluang mengunjungi destinasi seperti zon pembangunan teknologi baharu, taman tanah paya dan lain-lain.

Duta Besar Nepal Krishna Prasad Oli berkata, China melakar kejayaan besar dalam menjana pembangunan hijau, sekali gus menyediakan pengalaman berharga kepada negara membangun lain.

Beliau menzahirkan harapan agar semua negara dapat bergabung tenaga bagi merealisasikan usaha berkenaan.

Dalam pada itu, wartawan asing turut membuat liputan mengenai pembangunan bandar Wuhan dengan memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, ekologi, pelancongan budaya dan pengangkutan. 

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan