BEIJING, 19 Mei (Bernama-CMG) -- Usaha China membina pasaran domestik yang bersatu semakin menampakkan hasil, apabila persekitaran pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dioptimumkan secara keseluruhan.
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana China (CASME) melaksanakan penilaian ke atas 50 bandar terpilih, berdasarkan beberapa petunjuk utama seperti persekitaran pasaran, pembiayaan, inovasi, dasar dan lain-lain.
Menurut laporan yang diterbitkan persatuan itu pada Isnin, jurang antara bandar dari segi persekitaran pasaran semakin mengecil, selain halangan terhadap akses pasaran turut dihapuskan.
Secara keseluruhan, pendapatan PKS di bandar-bandar yang ditinjau dilaporkan kekal stabil.
Penilaian terbaharu CASME turut melibatkan perusahaan yang berfokus kepada pengkhususan, penambahbaikan, pembezaan dan inovasi (Specialized, Refinement, Differential, Innovation – SRDI).
Lebih 60 peratus daripada perusahaan SRDI terbabit telah merancang projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bersifat inovatif dalam tempoh setahun akan datang, manakala lebih 40 peratus menyusun rancangan pelaburan baharu.
Pengarah Bahagian Penyelidikan Dasar CASME, Jin Tieying berkata laporan itu menunjukkan peningkatan ketara peruntukan PKS dalam inovasi teknologi, selain pengaplikasian hasil R&D juga semakin meluas.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial