DUNIA > BERITA

JUMLAH TEMPAHAN PENGANGKUTAN KONTENA DARI CHINA KE AS MELONJAK HAMPIR 300% SELEPAS TARIF DITURUNKAN

15/05/2025 07:41 PM

BEIJING, 15 Mei (Bernama-CMG) -- Jumlah tempahan pengangkutan kontena dari China ke Amerika Syarikat (AS) yang dibuat oleh pedagang di AS melonjak hampir 300 peratus selepas kedua-dua negara menurunkan kadar tarif antara satu sama lain, menurut data yang diumumkan oleh agensi pemantauan perdagangan terkenal, Vizion.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Strategik Vizion, Ben Tracy menyatakan bahawa purata tempahan kontena dari China ke AS untuk tujuh hari pada 5 Mei merekodkan 5,709 unit TEU, manakala angka itu melonjak kepada 21,530 unit TEU pada 14 Mei, menokok sebanyak 277 peratus.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan