DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI MAGNITUD 6.0 LANDA UTARA SUMATERA -- GFZ

11/05/2025 08:37 PM

(menambah info bermula dari para 3)

 

HONG KONG, 11 Mei (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi bermagnitud 6.0 magnitud melanda wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada 0857 GMT Ahad, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, lapor Xinhua.

Pusat gempa itu, dengan kedalaman 89.4 kilometer, terletak 3.73 darjah latitud utara dan 97.03 darjah longitud timur.

Agensi berkenaan tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gegaran itu dijangka tidak mencetuskan ombak besar.

Gegaran itu amat dirasai oleh penduduk, namun tiada laporan awal mengenai kerosakan serius setakat ini, kata Sofyan, pegawai kanan Agensi Pengurusan Bencana Aceh kepada Xinhua.

Indonesia, sebuah negara kepulauan, kerap dilanda gempa bumi kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik yang aktif secara seismik. Negara itu juga mempunyai 127 gunung berapi aktif dan kadar aktiviti tektonik yang tinggi.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan