DUNIA > BERITA

653 MANGSA GEMPA BUMI DI MYANMAR DISELAMATKAN

03/05/2025 05:38 PM

YANGON, 2 Mei (Bernama-Xinhua) -- Seramai 653 mangsa berjaya diselamatkan setakat Khamis oleh pasukan penyelamat susulan gempa bumi dengan magnitud  7.9  yang melanda Myanmar,  menurut laporan akhbar harian milik kerajaan Myanma Alinn pada Jumaat yang dipetik Xinhua.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pasukan tempatan dan antarabangsa. Setakat Khamis, sebanyak 779 mayat turut berjaya ditemukan, menurut laporan itu.

Gempa bumi bermagnitud 7.9  melanda Myanmar pada 28 Mac lepas. Sehingga 1 Mei, bencana itu telah meragut 3,835 nyawa dan mencederakan 5,105 orang, sementara 105 lagi masih dilaporkan hilang, menurut data rasmi.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan