DUNIA > BERITA

BANTUAN KEMANUSIAAN KECEMASAN CHINA KALI KETUJUH TIBA DI MYANMAR

20/04/2025 05:21 PM

YANGON, 20 April (Bernama-Xinhua) -- Bekalan bantuan kemanusiaan kecemasan kali ketujuh yang dihantar oleh kerajaan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada Ahad, selepas Myanmar dilanda gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 skala Richter pada 28 Mac lalu, lapor Xinhua.

Bantuan itu merangkumi 800,000 kotak kapsul amoksisilin, 122,000 botol paracetamol dan suntikan manitol, 225,000 kotak kapsul cefradine, serta 480,000 botol tablet ibuprofen, dengan jumlah keseluruhan seberat 95 tan.

Menurut data rasmi Myanmar sehingga 18 April, gempa bumi itu mengorbankan 3,726 nyawa, mencederakan 5,105 orang, manakala 129 lagi masih gagal ditemukan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan