DUNIA > BERITA

RUBIO, MENTERI LUAR INDONESIA BINCANG ISU TARIF, LAUT CHINA SELATAN

17/04/2025 03:48 PM

WASHINGTON, 17 April (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Menteri Luar Indonesia Sugiono membincangkan kepentingan bersama dalam mempromosikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka semasa mengadakan rundingan dua hala yang menyeluruh, menurut Jabatan Negara AS pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

 Jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu berkata Rubio dan Sugiono turut membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk usaha mengekalkan kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Setiausaha Rubio dan Menteri Luar Sugiono turut membincangkan tarif timbal balik AS terhadap Indonesia dan beliau mengalu-alukan usaha Indonesia untuk melaksanakan reformasi ekonomi ke arah hubungan perdagangan yang adil dan seimbang.

"Beliau berterima kasih kepada Menteri Luar Sugiono atas usaha Indonesia memudahkan penghantaran warganya yang diusir dari Amerika Syarikat. Setiausaha Rubio dan Menteri Luar Sugiono turut menekankan kepentingan untuk terus memperkukuh perkongsian dua hala," kata Bruce.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan