ISTANBUL, 15 April (Bernama-Anadolu) -- Google menandatangani perjanjian geoterma pertama di rantau Asia-Pasifik bersama Taiwan, umum gergasi teknologi itu pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Projek awal dijangka menyumbang 10 megawatt bekalan kuasa berterusan ke grid elektrik dan membantu merangsang pembangunan pasaran geoterma di Taiwan, menurut kenyataan Google.
Tenaga geoterma berpotensi membekalkan kuasa tanpa gangguan sepanjang masa, khususnya bagi negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik dan boleh memanfaatkan haba bawah tanah untuk menjana tenaga elektrik bersih.
"Taiwan memiliki sumber geoterma yang besar, menawarkan kuasa asas yang stabil dan boleh dipercayai bagi melengkapi teknologi tenaga boleh diperbaharu lain seperti tenaga suria dan angin," menurut kenyataan itu lagi.
Google turut mengumumkan perancangan untuk bekerjasama dengan Australia dalam penyelidikan baharu bagi memperkasa pembangunan tenaga geoterma di rantau ini.
Syarikat itu sebelum ini menandatangani perjanjian pembelian tenaga korporat pertama bagi tenaga solar di Taiwan pada 2019.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial