(mengolah intro. Sila baca Anadolu Ajansi)
DAMSYIK/ISTANBUL, 8 April (Bernama-Anadolu) -- Presiden Syria Ahmed al-Sharaa pada Isnin mempengerusikan mesyuarat pertama kerajaan baharu negara itu di ibu negara, Damsyik, menurut kenyataan rasmi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Presiden Ahmed al-Sharaa mempengerusikan mesyuarat pertama kerajaan untuk membincangkan keutamaan tugasan kerajaan bagi fasa seterusnya,” menurut kenyataan itu menerusi hantaran di platform X.
Pada 29 Mac lepas, Sharaa mengumumkan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 23 menteri, termasuk seorang wanita.
Lima daripada mereka sebelum ini pernah berkhidmat dalam kerajaan peralihan yang dibentuk pada Disember lalu.
Terdahulu pada Isnin, Sharaa turut melantik Abdelkader Husrieh sebagai Gabenor Bank Pusat Syria, menurut kenyataan itu lagi.
Sharaa, yang pernah mengetuai pasukan antiregim dalam usaha menyingkirkan Bashar al-Assad, diisytiharkan sebagai presiden bagi tempoh peralihan pada 29 Jan lalu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial