SHYMKENT (Kazakhstan), 7 April (Bernama-Kazinform) -- Seorang ibu berusia 41 tahun melahirkan bayi lelaki seberat 6.7 kilogram (kg) secara semula jadi di Shymkent, lapor Agensi Berita Kazinform.
Pasukan perubatan memaklumkan bahawa kelahiran bayi dengan berat purata bayi berusia dua bulan secara normal merupakan satu kes yang amat jarang berlaku.
Bayi yang dinamakan Amirkhan dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat.
Amirkhan merupakan anak keenam kepada wanita berkenaan.
Secara umumnya, bayi yang dilahirkan melebihi empat kilogram dianggap lebih besar daripada biasa, manakala bayi lebih lima kilogram digelar bayi gergasi.
Pada 15 Jan lalu, seorang bayi lelaki sebesar bayi dua bulan turut dilahirkan di sebuah hospital di Rudny, wilayah Kostanay.
-- BERNAMA-KAZINFORM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial