TOKYO, 7 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 02:11 GMT, indeks Nikkei 225 turun 6.04 peratus kepada 31,740, pulih daripada kejatuhan awal kepada paras terendah 18 bulan iaitu 30,629.50.
Disebabkan turun naik harga yang mendadak, Bursa Saham Osaka mengenakan sekatan sementara ke atas dagangan niaga hadapan sekuriti kerajaan.
Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 9.38 peratus kepada 20,740, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai jatuh 6.04 peratus kepada 3,140.11.
Penganalisis mengaitkan kejatuhan indeks tersebut dengan pengenalan tarif oleh AS serta tarif balasan oleh China. Trump juga menandatangani perintah untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kereta penumpang, trak ringan dan alat ganti kereta mulai 3 April, dengan menyatakan langkah itu perlu untuk melindungi "keselamatan negara."
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial