DUNIA > BERITA

JURUTERBANG MAUT HELIKOPTER PADAM KEBAKARAN TERHEMPAS DI KOREA SELATAN

26/03/2025 06:49 PM

UISEONG (Korea Selatan), 26 Mac (Bernama-Yonhap) --  Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.

Helikopter itu terhempas di kawasan pergunungan di Uiseong, kira-kira 180 kilometer tenggara Seoul pada 12:54 tengah hari waktu tempatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Perkhidmatan Perhutanan Korea.

Juruterbang berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Helikopter jenis S-76 yang dibina pada 1995 itu mampu membawa 1,200 liter air dan telah beroperasi selama kira-kira 30 tahun.

Susulan insiden itu, Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter yang membantu memadam kebakaran itu buat sementara waktu.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan