AM > BERITA

Pegawai Kanan ASEAN Tiba Di Kuala Lumpur Untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

22/05/2025 08:43 AM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN tiba di ibu kota bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara yang tiba hari ini ialah pegawai-pegawai kanan ASEAN, duta Timor-Leste ke Asean, pegawai kanan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), pegawai kanan China, Wakil Tetap ke ASEAN, Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN serta delegasi berprofil tinggi yang lain.

Sidang kemuncak tahun ini menandakan pencapaian penting apabila turut menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama sekali gus mencerminkan peningkatan kerjasama ASEAN dengan rantau penting yang lain.

Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) dijadualkan pada 23 Mei ini diikuti mesyuarat peringkat menteri pada 25 Mei manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan pula akan bermula pada 26 Mei.

Ribuan dijangka menghadiri persidangan dan langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di sekitar kawasan KLCC.

Makan malam gala khas yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majlis Santapan Diraja di Istana Negara akan turut diadakan sempena sidang kemuncak itu bagi meraikan delegasi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan