GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan pembelian 15 kenderaan bagi kegunaan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Beliau berkata kereta Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) itu diperolehi dengan perbelanjaan RM3.31 juta termasuk cukai jualan dan duti eksais iaitu RM220,783 setiap satu.
“10 kenderaan itu adalah untuk ahli MMK manakala tiga untuk bekas pegawai dan masing-masing satu kepada Speaker dan Timbalan Speaker DUN.
“Kereta tersebut diberikan kepada mereka pada 4 April,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Pulau Pinang di sini hari ini.
Chow menjelaskan kenderaan digunakan sebelum ini telah melebihi tempoh lima tahun.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng dalam soalan bertulis meminta kerajaan negeri menyatakan bilangan, jenis dan kos kenderaan dibeli bagi kegunaan ahli MMK dan pegawai kerajaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial