AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Angin Kencang Di Lapan Negeri Petang Ini

18/05/2025 04:08 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Dungun dan Kemaman di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Kuantan), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Melaka serta Johor.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan