PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut.
Penerbangan terlibat ialah:
LAHORE (LHE)
- KUL-LHE (OD 131), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 5.35 petang
- LHE-KUL (OD 132), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 9.35 malam
AMRITSAR (ATQ)
- KUL-ATQ (OD 271), 7 Mei, waktu berlepas 6.40 petang
- ATQ-KUL (OD 272), 7 Mei, waktu berlepas 11.05 malam
Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.
“Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda,” menurut kenyataan itu.
Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan.
Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial