GEORGE TOWN, 7 Mei (Bernama) -- Isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, hari ini menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) sempena Ulang Tahun ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, dalam satu istiadat di sini.
Penganugerahan darjah kebesaran tertinggi negeri Pulau Pinang itu membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Istiadat penganugerahan berkenaan disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Law Choo Kiang dan isteri; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan isteri; Mufti Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Raja Noora Ashikin, yang dilahirkan pada 4 Feb 1948 dan dibesarkan di Ipoh, Perak, mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 1973 dan dikurniakan empat cahaya mata dan tujuh cucu.
Darjah DUPN yang dizahirkan pada 1967 dikurniakan kepada individu yang telah memberikan jasa amat cemerlang kepada negeri Pulau Pinang. Ia merangkumi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial