KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Sophia Ibrahim yang meninggal dunia malam ini.
Menyifatkan Allahyarham seorang bintang seni unggul, beliau berkata Sophia telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan dunia perfileman sejak era 1960-an .
"Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.
"Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya," katanya menerusi hantaran di platform X.
Sophia menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam akibat asma.
Beliau mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.
Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial