KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan MADANI sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak sebagai usaha memperkukuh ekosistem dalam talian negara.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keprihatinan terhadap tingkah laku perniagaan dalam talian amat penting bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.
“Ia juga untuk memastikan persaingan yang adil dan sihat dalam ekonomi digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata beliau telah menerima memorandum daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung di luar Dewan Rakyat hari ini mengenai cadangan satu mekanisme pemantauan tingkah laku perniagaan digital secara lebih bersepadu.
Fahmi berkata cadangan itu disuarakan Lee berikutan perkembangan pesat platform media sosial dan e-dagang seperti WeChat, Xiaohongshu, Shopee Live, dan TikTok Shop di negara ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial