AM > BERITA

Kementerian Sasar 300 Rukun Tetangga Progresif Ditubuhkan Tahun Ini - Aaron

05/05/2025 04:13 PM

SANDAKAN, 5 Mei (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan penubuhan 300 Rukun Tetangga (RT) Progresif  bagi memperkasakan ekonomi masyarakat di kawasan terlibat.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan program itu dan setakat ini terdapat 160 RT Progresif daripada 8,500 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

"RT Progresif ini menumpukan lapan bidang iaitu ekonomi sara hidup, keselamatan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan budaya dan daya cipta," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Arkib@Sekolah: Bermulanya Di Sini, di Sekolah Menengah St Mary di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Aaron berkata kelesta­rian rukun tetangga sebagai pemacu dalam komuniti kejiranan terbukti memberi impak yang signifikan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan komuniti setempat.

"Kita tidak mahu KRT tidur, tiada kegiatan, kita mahu progresif. Sebab itu, banyak kegiatan kita sediakan, dan pada akhirnya dengan kegiatan bersama-sama dilakukan mampu memupuk semangat perpaduan," katanya yang mahu mewujudkan komuniti saling menghormati serta boleh menerima kepelbagaian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan