AM > BERITA

Amaran Penipuan: Jangan Percaya Pautan Kerajaan Tanpa "gov.my" - Teo

05/05/2025 02:34 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan ".gov.my."

Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang kononnya membolehkan anda menyemak status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) menerusi laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform media sosial lain.

“Ini satu penipuan!,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada 19 April lepas, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan STR yang tersebar menerusi WhatsApp.

Fahmi berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan