AM > BERITA

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada PM Wong Atas Kemenangan Pilihan Raya Singapura

04/05/2025 05:34 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong atas kemenangan cemerlang Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) negara itu.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kemenangan itu satu mandat kukuh yang jelas mencerminkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Wong.

“Saya percaya kemenangan ini satu isyarat bahawa rakyat Singapura yakin dengan dasar progresif dan visi beliau untuk masa depan negara Singapura,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau yakin di bawah kepimpinan Wong, hubungan dua hala Malaysia-Singapura akan terus diperkukuh dan membuka lembaran baharu, dalam kerjasama serantau yang saling menguntungkan.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura bukan hanya jiran dari segi geografi, tetapi rakan strategik yang berkongsi hubungan sejarah, budaya dan ekonomi yang terlalu istimewa.

“Semoga Singapura terus makmur dan maju jaya di bawah pentadbiran beliau dan hubungan erat Malaysia-Singapura terus berkembang demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya.

PAP berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam PRU2025 Singapura dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan