AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat Kepada 1,541 Orang

04/05/2025 09:38 AM

KOTA KINABALU, 4 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat apabila seramai 1,541 orang daripada 472 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 1,243 daripada 375 keluarga pada petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah daerah Sook kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,340 orang daripada 405 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS terlibat ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 668 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (265), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), Dewan Kampung Ansip Tengah (117) dan 84 mangsa di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Sementara itu, di Beaufort, 175 mangsa daripada 57 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, dan di daerah Sipitang seramai 26 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah.

"Sebanyak 28 kampung terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan masing-masing sembilan kampung di Sook dan Sipitang," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan