AM > BERITA

Mesin Dandang Stim Meletup Empat Pekerja Kilang Melecur

03/05/2025 12:25 PM

SHAH ALAM, 3 Mei (Bernama) -- Empat pekerja melecur apabila mesin dandang stim kilang kelapa sawit di Bestari Jaya di Kuala Selangor meletup pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya.

“Susulan insiden berkenaan, empat mangsa lelaki iaitu masing-masing seorang warga tempatan dan Bangladesh serta dua warga Nepal berusia antara 27 hingga 38 tahun cedera.

“Kebakaran berikutan letupan itu juga berjaya dipadam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pekerja kilang berkenaan sedang melakukan kerja-kerja pemanasan air di mesin berkenaan bagi tujuan operasi kilang sebelum ia meletup.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang menaiki kenderaan sendiri untuk rawatan lanjut dan seorang daripada mereka dirawat di zon merah.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan