KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan tahniah kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang menerima Anugerah Media Terbaik (Agensi) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025, semalam.
Beliau berkata anugerah itu adalah pengiktirafan kepada Bernama atas kecemerlangan agensi berita itu dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berintegriti kepada rakyat menerusi pelbagai platform media.
"Semoga Bernama terus maju jaya dan cemerlang sebagai sumber rasmi kerajaan dalam melaporkan berita tempatan dan antarabangsa," katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.
Semalam, peranan Bernama mendapat pengiktirafan apabila agensi berita itu menerima Anugerah Media Terbaik (Agensi) yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bernama menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Anugerah yang julung kali diadakan itu adalah antara dua kategori baharu diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) selain Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Atasan).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial