AM > BERITA

Operasi BRT Laluan Sunway Diubah Sempena Larian ‘The Under Armour Infinite Race’

30/04/2025 11:49 AM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway akan mengalami perubahan dan beroperasi secara percuma pada 3 Mei ini bermula 2 petang hingga tamat waktu operasi, bagi memberi laluan kepada acara larian 'The Under Armour Infinite Race'.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan perubahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian tersebut yang dijadual bermula pada 7 malam di sepanjang trek BRT Laluan Sunway. 

"Mulai 2 petang pada 3 Mei ini, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi secara percuma dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit," menurut kenyataan itu. 

Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway, kecuali di stesen USJ 7 di Hentian Bas SJ692 LRT USJ (hadapan KK Mart), South Quay (Hentian Bas SJ67 Mydin USJ), Mentari (Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat)) dan Sunway Setia Jaya (Hentian Bas Setia Jaya, (bertentangan Stesen KTM Setia Jaya).

Menurut kenyataan itu, maklumat serta notis akan  dipaparkan di stesen BRT bagi memaklumkan pengguna mengenai perubahan operasi tersebut serta membantu mereka merancang perjalanan lebih awal.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 6 pagi pada 4 Mei ini.

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi PULSE di Google Play atau App Store bagi merancang perjalanan, atau melayari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan