KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, dibawa ke Masjid Negara pada 8.15 pagi ini untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di sini.
Van yang membawa jenazah bekas perdana menteri itu tiba di perkarangan Masjid Negara dari kediaman Allahyarham di Bait Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar di sini.
Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah boleh berbuat demikian di Dewan Solat Utama Masjid Negara, dari 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan selepas zuhur.
Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial