KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan memberi tumpuan kepada usaha memantapkan respons negara terhadap perkembangan ekonomi global terkini termasuk isu tarif dan kerjasama ASEAN.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen Kerajaan MADANI adalah terus melindungi kepentingan rakyat dan perniagaan Malaysia.
“Alhamdulillah, pagi tadi saya telah mempengerusikan mesyuarat NGCC. Fokus utama adalah memantapkan respons negara terhadap perkembangan ekonomi global terkini, termasuk isu tarif dan kerjasama ASEAN.
“Perbincangan yang produktif untuk memacu strategi dan tindakan bagi memperkukuh kedudukan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran global,” kata beliau menerusi catatan di laman media sosial rasmi beliau hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial