PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran akan dikeluarkan terhadap premis yang didapati gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan secara berfasa sedang dijalankan pada masa ini sehingga 1 Oktober ini.
"Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, KKM akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan mesin mesin defibrilator luaran automatik (AED) di sini hari ini.
Dilaporkan lebih 51,000 kedai terlibat dalam larangan pamer produk rokok di kaunter jualan bermula 1 April lepas, selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024.
Larangan itu berikutan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya mulai 1 Oktober tahun lepas.
Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial