KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 turun 17.0 mata kepada 1,528.0, Jun 2025 susut 17.5 mata kepada 1,527.0, September 2025 berkurangan 19.0 mata kepada 1,511.0 manakala Disember 2024 jatuh 18.0 mata kepada 1,518.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 10,710 lot daripada 4,207 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,700 kontrak daripada 38,705 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 17.78 mata kepada 1,527.02 daripada paras penutup 1,544.80 pada Rabu.
-- BERNAMA