SUKAN

SULTAN MIZAN RASMI TIEP

18/05/2025 08:00 PM

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapannya berkata TIEP, yang berkeluasan 47 hektar, bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dalam arena sukan berkuda lasak malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Beliau berkata ia dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa seperti trek kuda lasak sejauh 160 kilometer, kandang moden, hospital veterinar dan kawasan latihan.

"Sehingga kini, sebanyak 84 kejohanan berkuda bertaraf antarabangsa dan 30 kejohanan di peringkat kebangsaan telah dianjurkan di TIEP, menjadikan ia sebagai lokasi sukan berkuda paling aktif serta berprestij di rantau ini.

"Malah TIEP juga menjadi saksi kejayaan Sultan Mizan merangkul pingat emas dalam acara individu 80 kilometer serta acara berpasukan pada Sukan SEA 2017 sekali gus membanggakan rakyat Malaysia dan Terengganu khasnya," katanya sambil menambah TIEP juga menjadi pusat latihan sukan berkuda yang telah melahirkan ramai atlet bertaraf dunia.          

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan