AM

KANAK-KANAK DUA TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT TUJUH

17/05/2025 10:58 PM

PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Perumahan Awam, Presint 9, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2.24 petang.

“Laporan diterima daripada doktor yang bertugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya dengan menyatakan menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak dalam keadaan berlumuran darah.

“Kanak-kanak itu dibawa oleh bapanya iaitu seorang lelaki tempatan. Pemeriksaan dijalankan mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat lanjut manakala bedah siasat mayat kanak-kanak itu akan dijalankan 8 pagi esok.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan