JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM NAFI TAWAR KHIDMAT DAPATKAN SEMULA WANG DITIPU MELALUI MEDIA SOSIAL

17/05/2025 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terbabit dengan iklan melalui media sosial yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang telah ditipu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Hasbullah Ali berkata pihaknya mengesan hantaran iklan itu menerusi Facebook yang memaparkan logo PDRM serta menggunakan perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

“Pihak JSJK PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu serta satu cubaan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan tawaran yang diberikan.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan