AM

PENUNTUT UNISZA DIKHUATIRI LEMAS DI LATA PAYUNG

16/05/2025 09:50 PM

BANDAR PERMAISURI, 16 Mei (Bernama) -- Seorang penuntut lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Lata Payung di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba Setiu Mohd Sarizan Mohamad Sapawi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.17 petang dan setakat ini mangsa masih belum ditemukan memandangkan keadaan paras air sungai yang tinggi, deras dan keruh.

“Kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa petang tadi dijalankan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang.

“SAR juga membabitkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan(KKM),” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan