KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 6.5 mata kepada 1,574.5, Jun 2025 turun tujuh mata kepada 1,573.5, September 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,558.5 dan Disember 2025 menyusut 8.5 mata kepada 1,567.5.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,850 lot daripada 9,957 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 40,949 kontrak daripada 42,654 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 10.49 mata, atau 0.66 peratus, kepada 1,573.02 daripada 1,583.51 pada Rabu.
-- BERNAMA