AM

JLKN NAFI LANTIK EJEN TENDER

15/05/2025 01:37 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak memberi kuasa atau melantik mana-mana individu atau kumpulan untuk bertindak sebagai ejen mencari pembida dalam tender kerajaan bagi pihak jabatan itu. 

JLKN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan syarikat yang berminat dengan tender dikehendaki mengemukakan tawaran secara terus kepada kementerian atau jabatan tanpa penglibatan ejen atau pihak ketiga.

“Syarikat dinasihatkan mendapatkan maklumat berkaitan tender hanya melalui portal rasmi ePerolehan (https://www.eperolehan.gov.my/).

“Portal ePerolehan merupakan gerbang utama bagi perolehan kerajaan Malaysia yang memaparkan iklan dan keputusan tender,” menurut kenyataan itu.

JLKN menasihatkan syarikat didatangi atau dihubungi individu atau kumpulan mendakwa menjadi ejen perolehan untuk jabatan itu supaya mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan JLKN atau membuat laporan polis jika terdapat sebarang keraguan.

Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Perolehan JLKN di 03-40133642 atau melalui e-mel di shafwan@mod.gov.my.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan