DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

14/05/2025 10:25 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran tunai. 

Pada sesi penutup, kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 meningkat 8.0 mata masing-masing kepada 1,581.0 dan 1,580.5, September 2025 naik 9.0 mata kepada 1,565.0 dan Disember 2025 menokok 11 mata kepada 1,576.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,957 lot daripada 9,618 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 42,654 kontrak daripada 42,519 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 1.12 mata, atau 0.07 peratus, kepada 1,583.51 daripada paras penutup 1,582.39 pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan