KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.
Dalam satu kenyataan, bank itu berkata penstrukturan semula dalam pengurusan kanan adalah berikutan persaraan CEO Kumpulan Muthukrishnan Ramaswami.
“Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Komersial (Runcit), Kaushik Chowdhury akan mengambil alih peranan sebagai CEO GXS Bank.
“Beliau akan disokong oleh Hildah Hamzah yang akan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Operasi, bersama pasukan pengurusan sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Lai menerajui pelancaran GXBank pada November 2023 hingga berjaya memperoleh lebih satu juta pelanggan dalam tempoh setahun.
-- BERNAMA