AM

LAPAN MAUT, TIGA CEDERA PARAH KEMALANGAN LIBATKAN KENDERAAN FRU DI TELUK INTAN - POLIS

13/05/2025 10:56 AM

IPOH, 13 Mei (Bernama) -- Lapan dilaporkan meninggal dunia manakala tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

“Buat masa ini laporan diterima lapan meninggal dunia, tiga cedera parah dan tujuh cedera, kenyataan media sedang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori polis FRU telah berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan batu. Terdapat dua mangsa yang tersepit di lori FRU.

"Kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan. Maklumat terkini kita akan salurkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan