BERITA TERGEMPAR | Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | |
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal pada Selasa.
Pada 9.30 pagi, Mei 2025 naik 25.0 mata kepada 1,570.0, Jun 2025 meningkat 25.5 mata kepada 1,568.50, September 2025 menambah 26.50 mata kepada 1,553.50 dan Disember 2025 menokok 21.50 mata kepada 1,558.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,779 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,095 kontrak.
Pada 9.48 pagi, indeks asas FBM KLCI meningkat 24.82 mata kepada 1,571.32 daripada 1,546.50 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA