AM

BANJIR SABAH: 647 MANGSA MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN

07/05/2025 09:46 AM

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Seramai 647 mangsa banjir daripada 204 keluarga di Sabah masih ditempatkan di empat pusat pemindahan setakat pagi hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 325 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sook, melibatkan 208 mangsa di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2, manakala 117 mangsa di Dewan Kampung Ansip tengah.

Di Beaufort, 287 mangsa daripada 88 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon dan di Dewan Residensi Pr1ma Woorford Estate menempatkan 35 mangsa daripada 13 keluarga.

"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu sembilan di Sook dan 10 di Beaufort," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan